Salam Sejahtera
Selamat datang ke Halaman Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia, bersyukur kita kepada Tuhan Yang Maha Esa dapat kita bersama-sama menjayakan
Laman Halaman ini.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini telah mencetuskan revolusi di dalam era penyampaian maklumat dalam pelbagai aspek dengan lebih berkesan, pantas
dan efisien…
Presiden
Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia

Kita bersyukur kerana kesatuan kita telah menggunakan saluran yang sesuai dan pendekatan yang berhemah dalam menyuarakan isu-isu dan cadangan yang membangunkan. Kesatuan ini sentiasa peka dan terbuka terhadap setiap isu serta usul yang dibangkitkan oleh ahli-ahli kita. Ini adalah aspek penting yang menjadikan kita relevan dalam setiap perjuangan dan kegiatan kita.
Berita dan Pengumuman
Pertemuan KKPPPSM dan CEUPACS didalam membincangkan penggabungan antara kesatuan-kesatuan didalam perkhidmatan awam.
Satu mesyuarat bersama semua kesatuan sekerja di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan disertai oleh wakil KKPPPSM membawakan isu berkaitan anggota kontrak dan juga hal- lain.
Presiden bersama Setiausaha Agung bertemu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anuar Ibrahim membincangkan isu berkaitan 45 jam waktu bekerja dan isu berkaitan yang lain
Ahli Berdaftar
Tahniah kepada ahli berdaftar. Setiap ahli akan memperolehi faedah daripada Tabung Kebajikan Kesatuan. Beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian oleh ahli seperti:
Latar Belakang
Nama kesatuan yang telah ditubuhkan menurut Peraturan-Peraturan ini ialah KESATUAN KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SEMENANJUNG MALAYSIA (NUAMO) (yang disebut “Kesatuan” di dalam ini) untuk membantu pegawai-pegawai di dalam perkhidmatan awam Terutama penjawat Penolong Pegawai Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menambahbaik kualiti kerja dan kehidupan dengan cara membantu menyuarakan pendapat dan masalah yang dihadapi ahli-ahli kesatuan.
Pejabat Kesatuan ini yang didaftarkan dan tempat mesyuaratnya ialah di No. 28, Jalan TU 17, Taman Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka atau di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung.
BARISAN AHLI MAJLIS TERTINGGI
Presiden
Hj Mohd Zabidi bin Mohd Taha (BKT, PJCM)
Timbalan Presiden
M SHAZAN AMIR BIN M SAKDON
Setiausaha Agung
Mohamad Nazir bin Ismail
Penolong Setiausaha Agung
Mohd Aidil bin Musa
Bendahari Agung
Hj Ahmad Faizun bin Yunus @Aziz
Penolong Bendahari Agung
Nadia Binti Khalid
Exco Wanita
Nurafizah binti Mohd Nor
Exco Wanita
Norhartini binti Azizan
Perlembagaan Persatuan